Update Insiden Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah! (Breaking News)

FUH.MY

MENCETUS FENOMENA

.

Update Insiden Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah! (Breaking News)

Posted by Al-Azrul Zakuan Friday, 1 March 2013 20 comments
Update Insiden Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah! (Breaking News)

Update Insiden Tembak Menembak Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah! (Breaking News) | Tadi Dr Fuh bukak news feed FB then terbaca satu post dari Lulu Caldina mengenai insiden berbalas tembakan antara Pihak Keselamatan Malaysia dengan Pemberontak Sulu di Lahad Datu. Terus Dr Fuh cari maklumat terkini.

Dikatakan jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden berbalas tembakan di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.

Berikut pula merupakan berita dari Negara Filipina dan percanggahan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein..

Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan terbunuh.

Update Insiden Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah! (Breaking News)

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.

Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses ke bandar itu termasuk dari laut.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.

Update Insiden Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah! (Breaking News)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.

Sama-sama kita doakan Pasukan Pertahanan Keselamatan Negara dan penduduk tempatan selamat dari ancaman bahaya. Al-Fatihah buat pejuang yang gugur di medan perang.

Berita akan di update dari masa ke semasa.
FUH.MY | MENCETUS FENOMENA
Tajuk : Update Insiden Pencerobohan Pemberontak Sulu Di Lahad Datu, Sabah! (Breaking News)
Ditulis oleh Al-Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Anda amat digalakkan untuk copy artikel ini sama ada di blog mahupun di facebook tetapi mohon nyatakan sumber dan backlink http://www.fuh.my/2013/03/update-insiden-pencerobohan-pemberontak.html
Comments
20 Comments

20 comments:

baby comel said...

Moga kita terus dilindungi dan dipelihara.. Aman damai itu yg kita mahukan.

ISs said...

kesian kat rakyat malaysia yg terkorban..
hope lepas ni xda dah..


Jom ke sini :

Bestt : monumen terbesar afrika
Update : Keretapi Ferrari
Menarik : Garaj Di Ruang Tamu Condo
Popular : Gua Ais Terbesar Dunia
Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
Confius : Tasik Garam Warna-warni
Meletup : Kapal Penumpang Terbesar Dunia
Meriah : Studio animasi PIXAR
Mewah : Tower Bridge London Diciplak
Lawa : Eskalator Gergasi Di Spanyol

Dan Banyak lagi di Green Life..

Seneorita Baharin said...

semoga semuanya selamat disana..huhu..risau plak..ada family disana.. :(

Miz's Ram Hassan said...

Semoga selamat semuanya.semoga Allah melindungi askar2 pertahanan malaysia yg sdg berjuang,dan kpda seluruh warga sabah.Semoga dlm lindungan yang Maha esa.sedih bile baca artikel ni,,sbb saya org sabah jgk.

Anonymous said...

Semoga semuanya akan aman.. Amin.

Anonymous said...

Tolong komen kalau ada apa2 berita terbaru yg sahi ya..

Anonymous said...

Al-fatihah kepada anggota keselamatan malaysia yg mati syahid. Ini yg diharap2kan oleh hamlau2 pr utk berperang dan bukannya selesaikan dengan cara rundingan.

eruan ewan said...

Perang perang perang....tentera malaysia tetap gagah.

Anonymous said...

Kerana nak berkuasa sanguh mengadaikan tanah air dan pejuang negara. Pasukan keselamatan yg jd mangsa. Dr dulu lg ada pihak cuba melemahkan sistem keselamtan negara. Ada marin polis di ambil alih ada narkotik diambil alih pas ada trafik jpj pun diambil alih...pas ni tah apa lg dalam pasukan keselamatan yg diambil alih supaya lemah demi politik dan tamak...ini lah hasilnya......tahniah la pada ahli2 politik yg berjaya menghancurkan negara dan tanah air sendiri....berjuang la demi kuasa politik anda....tahniah...tahniah...tahniah

Anonymous said...

Mana mayat 12 org penceroboh yang ditembak mati tu? Kenapa x keluar berita? Dan....apa jadi kpd baki penceroboh2 tu? Dikepung? Bolos beramai2? Hilang dgn menggunakan ilmu ghaib? Cer cerita.... Cer cerita....!

Anonymous said...

bodoh punya soalan.mana punya dtg ni.

Anonymous said...

bodoh punya soalan.mana punya dtg ni.

Anonymous said...

bodoh punya soalan.mana punya dtg ni.

Anonymous said...

dh tau dorg bw snjta np x tembak dr awal2 lg,bl budak bw moto n kete yg x de lesen beria sgt nk tembak lak....

Puteri Nabila said...

Semoga semua ni berakhir dgn cpt. Dan semoga semua pasukan yg bertugas selamat. Amin.

Puteri Nabila said...

Semoga semua ni berakhir dgn cpt. Dan semoga semua pasukan yg bertugas selamat. Amin.

Anonymous said...

Kakakakakakakahhhhhh..betul2

Anonymous said...

Kerajaan kita sepatut kena hapus peceroboh negara dari sekarang bukan kita nak berdiam diri sahaja...jangan jadi bodoh sampai negara sendiri org nak pijak kepala.plak tu sampai anggota kesekamatan negara dah terkorban banyak anggota kita masih nak berdiam lagi...kita harus serang habis-habisan haram jadah yg ceroboh negara kita...jangan beri belas kasihan langsung

hamba allah keramat said...

Setiap yg berlaku adalah ujian allah swt.kita makhluk yg merancang.rancangan allah yg tepat...janganlah kita sesama islam bergaduh apa yg terjadi adalah rahmat atau musibah dr allah swt. Amin.amin.amin..
Ya allah kau tempatkanlah pejuang2 kami yg gugur dikalangan tentera sahid fisabillah yg berjasa pada agama bangsa dan negara...

Lelaki Ini said...

moga Allah melindungi Malaysia

Post a Comment

Fuh.my tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Fuh.my jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.

Terjah Mereka!

FUH ARCHIVE

FUH!! STATS

Page Rank
Template by Berita Update - Trik SEO Terbaru. Original design by Bamz | Copyright of Fuh.My | Mencetus Fenomena™.

Fuh!! Rugi Tak Terjah!!!

FUH!! JOM FOLLOW

Top Komen RM30 / Month

Google+ Followers