Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu - Semangat Anggota Keselamatan Negara Dalam Ops Daulat Semakin Membara!

FUH.MY

MENCETUS FENOMENA

.

Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu - Semangat Anggota Keselamatan Negara Dalam Ops Daulat Semakin Membara!

Posted by Al-Azrul Zakuan Tuesday, 5 March 2013 0 comments


Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu - Semangat Anggota Keselamatan Negara Dalam Ops Daulat Semakin Membara! | Nampaknya masih belum ada ura-ura yang pertempuran di antara penceroboh dan pasukan keselamatan negara Malaysia akan tamat hari ini. 

Namun begitu semangat anggota polis dan tentera yang menyertai 'Ops Daulat' untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata dari Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah terus membara berkat sokongan dan dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia, demikian diumumkan hari ini.

Dalam sidang video dengan editor kanan media dari Lahad Datu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, anggota polis dan tentera yang menyertai operasi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ismail berkata, anak buahnya mendapat semangat daripada sokongan yang dipamerkan orang ramai terhadap usaha mereka memburu pengganas berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin pula berkata, selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis dan tentera dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Sejak dua tahun lepas, polis dan tentera melaksanakan beberapa inisiatif melalui NBOS.

Dalam gerakan menghapuskan penceroboh bersenjata itu, lapan anggota polis terkorban akibat serang hendap di Kampung Tanduo dan di Kampung Simunul, Semporna pada Jumaat dan Sabtu. - BERNAMA

"Ya Allah Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Besar, Engkau selamatkanlah penduduk-penduduk yang berada di sekitar Sabah dan juga Tentera serta Anggota Polis yang bertugas mempertahankan Negara Malaysia dari ancaman penceroboh kesultanan sulu. Ya Allah. Begitu juga rakyat Malaysia yang berada di Kedutaan Malaysia di Filipina. Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau tempatkan lah mereka yang gugur demi mempertahankan negara Malaysia di kalangan para Syahid Fisabilillah."
 Lagi Berita Kes Pencerobohan Di Lahad Datu
FUH.MY | MENCETUS FENOMENA
Tajuk : Berita Terkini Pencerobohan Lahad Datu - Semangat Anggota Keselamatan Negara Dalam Ops Daulat Semakin Membara!
Ditulis oleh Al-Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Anda amat digalakkan untuk copy artikel ini sama ada di blog mahupun di facebook tetapi mohon nyatakan sumber dan backlink http://www.fuh.my/2013/03/berita-terkini-pencerobohan-lahad-datu_5.html
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Fuh.my tidak bertanggungjawab mengenai komen pelawat yang berbaur perkauman mahupun lucah di Fuh.my jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika terlepas pandang. Namun, komen-komen yang tidak sesuai atas pertimbangan akan didelete atau dihapuskan.

Terjah Mereka!

FUH ARCHIVE

FUH!! STATS

Page Rank
Template by Berita Update - Trik SEO Terbaru. Original design by Bamz | Copyright of Fuh.My | Mencetus Fenomena™.

Fuh!! Rugi Tak Terjah!!!

FUH!! JOM FOLLOW

Top Komen RM30 / Month

Google+ Followers