5 PEMBUNUHAN PALING KEJAM DI MALAYSIA | Di Malaysia telah direkod 5 Jenis Pembunuhan Paling Kejam dan Kejadian ini telah megemparkan seluruh Malaysia, Semua media baik elektronik mahupun cetak menyiarkan berita tesebut. Mungkin ada kalangan kita yang mengikuti kisah tesebut.
1. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris
Tarikh Pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)
Mangsa, Datuk Mazlan Idris ADUN Batu Talam, telah meminta bantuan Mona Fandey supaya kerjaya politiknya menunjukkan peningkatan. Semasa operasi 'pembersihan' dijalankan, mangsa telah diarahkan baring pada lantai bilik mandi sementara bahagian bawah kepalanya diletakkan seketul batu (kepala sedikit mendongak supaya memudahkan aktiviti memenggal kepala dijalankan) sambil mata mangsa ditutup dengan kain. Mona Fandey mengarahkan pembantunya Juraimi Hassan memenggal kepala mangsa dengan kapak dan mayat mangsa dikerat kepada beberapa bahagian sebelum ditanam distor rumah milik Mona Fandey. Suspek Mona Fandey, suaminya Afandi dan pembantunya Juraimi Hassan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.
2. Pembunuhan Canny Ong
Tarikh Pembunuhan : 14 Jun 2003
Canny Ong telah diculik dan diacukan pisau kearahnya dikawasan meletak kenderaan kompleks membeli-belah Bangsar. Mangsa telah dirogol, ditikam dan dicekik sebelum dibuang kedalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya, sehari selepas kejadian suspek datang semula ke tempat tersebut dengan tujuan mahu membakar mayat mangsa. Suspek iaitu Ahmad Najib kemudiannya dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.
3. Pembunuhan Noritta Samsuddin
Tarikh Pembunuhan : 25 Disember 2005
Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan ini telah dibunuh kejam, dan mayatnya ditemui di Kondominium Puncak Prima Galleria Sri Hartamas. Suspek utama sudah diberkas tetapi dibebaskan semula kerana kekurangan bukti. Mangsa juga disyaki dirogol sebelum dibunuh. Sehingga ke hari ini suspek sebenar kes pembunuhan ini masih belum ditemui.
4. Pembunuhan Altantuya Shariibuu
Tarikh Pembunuhan : 18 Jun 2006
Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga menjadi cebisan dan ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam. Altantuya telah ditembak 2 kali dan mayatnya diletupkan dengan bom jenis C-4. Makhamah disini mengambil masa 159 hari untuk menyelesaikan kes ini. Tertuduh yang juga seorang Koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah dihukum gantung sampai mati.
5. Pembunuhan adik Nurin Jazlin
Tarikh Pembunuhan : 20 Ogos - 17 September 2007
Gadis yang baru berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar berhampiran rumahnya dan pada 17 September 2007 mayat gadis ini telah dijumpai dalam sebuah beg. Mangsa mati akibat didera secara seksual yang melampau. Siasatan telah dijalankan hingga ke hari ini tetapi pihak polis masih gagal menjumpai suspek yang membunuhnya.
Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Berita,
Fuh Info
FUH.MY | MENCETUS FENOMENA
Tajuk : 5 PEMBUNUHAN PALING KEJAM DI MALAYSIA
Ditulis oleh Al-Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Anda amat digalakkan untuk copy artikel ini sama ada di blog mahupun di facebook tetapi mohon nyatakan sumber dan backlink http://www.fuh.my/2012/12/5-pembunuhan-paling-kejam-di-malaysia.html