Fuh.My | Mencetus Fenomena™

FUH.MY

MENCETUS FENOMENA

.

8 Penyebab Utama Buasir

Posted by Fyna Ahmad Saturday, 25 May 2013 0 comments



8 Penyebab Utama Buasir | Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

8 Penyebab Utama Buasir
1. Sentiasa duduk
2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
3. Cirit-birit
4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
5. Batuk yang teruk
6. Bersalin
7. Mengangkat berat
8. Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Baca Artikel Penuh ....

Fuh Pelik! Apa Maksud Lampu Putar Di Kedai Gunting Rambut?

Posted by Fyna Ahmad 0 comments

Fuh Pelik! Apa Maksud Lampu Putar Di Kedai Gunting Rambut? | Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di “barber shop” tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)

Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di barber shop)
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di fakulti kedoktoran di Paris University.

Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber Shop.

Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan berlumuran darah didepan klinik mereka.

Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan kebiasaan itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik Barber Shop.

Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.

Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih tidak berputar

1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat memotong rambut sahaja

1950 – 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak 50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai rata-rata 70,000 buah.

Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu

Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop

Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.

SUMBER

Baca Artikel Penuh ....

Petua Menabung Secara Efektif Dan Berkesan

Posted by Fyna Ahmad 0 comments


Petua Menabung Secara Efektif Dan Berkesan | Statistik kajian Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk Pengguna, Malaysia (ERA Consumer Malaysia) dan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) menunjukan bahawa, antara golongan yang banyak berhutang dan diisytihar bankrap adalah golongan muda yang berusia berusia antara 18 tahun sehingga 35 tahun.

Hasil kajian didapati bahawa lebih kurang 47 % pekerja muda mempunyai hutang yang serius iaitu lebih 30% daripada gaji bulanan mereka digunakan utuk membayar hutang . Dan, kajian juga mendapati, 37 % pekerja muda mengaku bahawa mereka berbelanja melebihi tahap kemampuan mereka. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan kita semua. Terfikir bagaimanakah hal ini begitu mudah terjadi? Di manakah silapnya?

Menabung = Latihan berjimat cermat

Petua Menabung Secara Efektif

1. Tanamkan MINAT Untuk Menabung

Ya. Ia syarat yang utama. Minat itu penting kerana menabung merupakan satu pekerjaan. Ia perlu dilakukan setiap hari tanpa jemu. Tanpa minat yang mendalam, lama kelamaan yang tinggal hanya tabung yang kosong tanpa isi.

Macamana? Bolehkah dengan langkah pertama ini?

Anda berminat?



2. Pastikan Target Simpanan Yang Akan Ditabungkan Setiap Hari

Ini penting. Jumlah tabungan harian perlulah jumlah yang sama. Contoh sehari RM 1. Justeru, kita akan pastikan setiap hari sebanyak RM 1 akan dimasukan ke dalam tabung kita tanpa sehari pun tertinggal.

Jika tertinggal, maka kita akan cover balik dengan memasukan jumlah hari yang terlepas.

Sebagai permulaan, tidak perlu banyak. Jika mampu RM 0.50 maka, menabunglah RM 0.50. Kemudian, lihatlah hasilnya setahun kemudian.

Saya yakin, pada tahun pertama anda akan begitu gembira!



3. Jenis Tabungan Yang Kukuh Dan Selamat

Saya syorkan jenis tabung anda adalah jenis yang diperbuat daripada kayu, besi, aluminium atau ukiran tanah liat. Yang penting asalkan, ia sukar dibuka. Jadi, wang kita sama ada syiling atau kertas akan kekal di situ selepas setahun.

Jika terdesak pun, kita tidak akan usik wang tabungan kita kerana ia susah dibuka dan memerlukan usaha untuk memecahkannya.



4. Letak Tabung Ditempat Selamat Tetapi Mudah Lihat

Seterusnya, sewajarnya kita meletakan tabung kita ditempat yang selamat tetapi ia mudah dilihat oleh kita. Kerana apa? Ia akan menarik perhatian kita setiap hari di awal pagi untuk menabung.

Contoh, sebelum ke tempat kerja, sekolah atau univerisiti – tabunglah yang akan kita lihat dan memasukan duit ke dalamnya sebelum berbuat urusan kerja yang lain. Secara tidak langsung, ia menjadi perkara utama yang kita lakukan setiap hari.



5. Masukan Menabung Sebagai Keutamaan Dalam Jadual Hidup

Kelihatan petua ini terlalu mudah, tetapi ramai yang gagal menabung kerana “minda” si penabung tiada dalam agenda hidupnya. Akhirnya, terlupa dan akan terus terlupa.

Mudah bukan, celik mata – antara perkara terawal kita lakukan ialah masukan duit ke dalam tabung. Mulakan dengan mindsetting sebegini, yakinlah bahawa akhirnya menabung akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.



6. Kenalpasti Punca Simpanan Tabungan Anda

Ada yang akan tertanya-tanya. Mana cukup duit saya untuk disimpan? Maka pelbagai alasan yang akan kedengaran. Baiklah, begini sahaja. Kita sebenarnya boleh semak seharian perbelanjaan secara menyeluruh dan akan sedari ada barang-barang harian yang dibeli tanpa keperluan.

Jika kita gantikan ia dengan niat untuk menabung, maka wang itu akan bermanfaat untuk tabungan kita. Bagi contoh seperti membeli surat khabar 2 jenis yang berbeza , maka kita kurangkan kepada satu. Satu akhbar berharga RM 1.20 sudah boleh disimpan wangnya dalam tabungan kita. Contoh lain ialah bayaran mencuci kenderaan kita motor atau kereta. Kita rajinkan diri membasuh kereta dan wangnya tadi boleh disimpan sebagai tabungan. Mudah bukan?

Bagaimana? Nampak laluannya?



7. Disiplin, Disiplin dan Disiplin

Wah! Penatnya membaca perkataan ini. Relaks dan tenang-tenang sahaja. Untuk menjayakan misi menabung ini – saya perlu akui bahawa disiplin adalah prasyarat yang harus ada amalan menabung. Tanpanya, segala impian akan terkubur!

Bagaimana hendak disiplin?

Jawapannya : Paksa, paksa dan paksa diri. Jika sudah memiliki tabung, maka paksalah diri untuk melaksanakannya. Jika terlupa, kita cuba cover balik mana yang tertinggal. Yang terpenting, kita teruskan menabung tanpa putus asa.



8. Berpegang kepada prinsip – Seringgit demi seringgit, lama-lama membukit!

Akhirnya, ialah yang harus ada kepada si pengamal amalan menabung. Prinsip sabar, sabar dan sabar. Tiada kejayaan yang mudah dalam apa jua lapangan dan bidang kerja. Begitu juga dengan menabung.

Sehari Seringgit, Lama-lama membukit akan menjadi kenyataan jika kita terus cekal dalam kesabaran. Mulakan secara berperingkat-peringkat dan bertahap. Yakinlah dengan diri sendiri.


Baca Artikel Penuh ....

Subhanallah! Solat Terakhir Sebelum Ajal (Video)

Posted by Fyna Ahmad 1 comments

Subhanallah! Solat Terakhir Sebelum Ajal (Video) | Apabila menonton video ini,admin rasa malu dan sedih pun ada pada diri sendiri kerana kita selalu melalaikan solat, melewatkan solat dan meninggalkan solat. 

Sekurang-kurangnya mendapat keinsafan apabila menyaksi seorang syuhada yang kritikal masih lagi mahu bersolat walaupun keadaannya yang cedera parah serta hilang sebelah tangan sebelum ajal menjemputnya. Moga-moga dan sama-samalah kita perbetulkan solat kita yang sudah lama longgar. 

Keterangan video ini.
Walaupun dalam saat yang kritikal tetapi Solat sebagai Jambatan Ke Syurga tetap ditunaikan, tanpa tangan sebelah, paha berlumuran darah, berwuduk dengan bantuan sahabat seperti sahabat Rasulullah SAW, Tanah Kuburan telah digali, namun tetap gagah dan bertenaga melakukan solat, semoga menambahi rahmat dan Ihsan padanya, sesungguhnya telah berjayalah ibu bapa, guru dan ustaz, sahabat dan taulan yang mendidiknya. Semua mereka yang terlibat dalam membina jiwa sebegini pasti mendapat habuan Syurga daripada Allah SWT, bergembiralah mereka yang Ihklas dalam perjuangan dan kehidupan bersama Allah SWT... Lihatlah Ikhwah semua, mati yang diredhai Allah SWT
Wasallam.

Semoga roh syuhada' ini dirahmati Allah SWT. Amin.

Baca Artikel Penuh ....

Subhanallah! Bertuahnya Ibu Mengandung

Posted by Fyna Ahmad 3 comments

Subhanallah! Bertuahnya Ibu Mengandung | Terdapat banyak pengalaman dan susah senang ketika seseorang ibu itu mengandung. Secara ringkasnya, seorang ibu itu sangat bertuah kerana :

1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.

3. Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

4. pabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

5. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

6. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8. ika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

9.Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

10. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.


Baca Artikel Penuh ....

Petua Mendapat Anak Kembar

Posted by Fyna Ahmad Friday, 24 May 2013 1 comments


Petua Mendapat Anak Kembar | Siapa pun pasti akan geram melihat sepasang anak kembar yang comel dan mungil. Rasa bertuah diri dengan kurniaan itu. Tetapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka? Ia juga mengundang kehamilan berisiko. Admin ini kongsikan sedikit petua untuk mendapat anak kembar. Kita merancang, Allah SWT yang menentukan.

1. Mestilah kita perlu berdoa kepada Allah..
Doa untuk mendapatkan anak kembar

i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
Maksudnya : Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!.

ii) Surah As-Syura ayat 50:
Maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

2. Minta doa daripada orang-orang yang soleh.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43:
Maksudnya : “Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

3. Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35:
Maksudnya : (lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka tenimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

4) Jangan menzalimi binatang.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36:

Maksudnya : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian fuga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

5) Berkahwinlah dengan lelaki atau perempuan yang mempunyai saudara kembar.

Ini kerana dari segi perubatan, Memang telah terbukti pasangan yang mempunyai genetik kembar akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk melahirkan anak kembar..

Baca Artikel Penuh ....

Subhanallah! Gambar Bayi Tersenyum Selepas 1 Minit Dilahirkan

Posted by Fyna Ahmad 1 comments

Subhanallah! Gambar Bayi Tersenyum Selepas 1 Minit Dilahirkan | Bila kita lihat gambar diatas hanyalah gambar biasa sahaja. Tetapi sebenarnya telah meninggalkan kenangan manis kepada ibunya. Penat lelah dan kesakitan ketika hendak melahirkan bayi tersebut hingga selepas melihat senyuman bayi tersebut.

Oleh itu, kita hendaklah menghargai ibu dan menyayangi ibu kita sehingga akhir hayat. Kasih sayang ibu tidak boleh dibalas dengan wang ringgit. Ibu tiada galang gantinya.



Baca Artikel Penuh ....

Fuh Panas! Harga Bidaan Cermin Hitam Mata Psy

Posted by Fyna Ahmad 1 comments

Fuh Panas! Harga Bidaan Cermin Hitam Mata Psy | Cermin mata hitam Psy yang terkenal telah dijual pada harga yang sangat tinggi.

Pada asalnya, cermin mata hitam bernilai kira-kira 650,000 KRW (~ 592 USD). Walau bagaimanapun, pada 'Love Sharing Auction', cermin mata hitam psy bermula pada tawaran sebanyak 100,000 KRW (~ 90 USD), tetapi pada akhirnya, cermin mata hitam "Gangnam Style"  dijual 16 kali kali ganda dengan harga 1.6 juta KRW (~ 1,470 USD ).

SUMBER 

Baca Artikel Penuh ....

Subhanallah! Gambar Pintu Masuk Mekah

Posted by Fyna Ahmad 1 comments

Subhanallah! Gambar Pintu Masuk Mekah | Sejuk mata memandang. Terasa hendak jejakkan kaki disana suatu hari nanti.

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

Baca Artikel Penuh ....

Fuh Kejam! Gadis Ini Tidak Mahu Bela Anak Kerana iPhone 5

Posted by Fyna Ahmad 1 comments

Fuh Kejam! Gadis Ini Tidak Mahu Bela Anak Kerana iPhone 5 | Inilah antara salah satu masalah paling teruk dalam kehidupan sejagat. iPhone 5 lebih penting daripada anak sendiri. Adakah taraf anak lebih rendah daripada iPhone 5?

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan perkara seperti di atas.

Walaupun bukan Islam, seharusnya ia sendiri boleh memahami naluri manusia. Apakah agaknya reaksi gadis ini apabila dia juga diperlakukan seperti itu?

SUMBER 

Baca Artikel Penuh ....

Terjah Mereka!

FUH ARCHIVE

FUH!! STATS

Page Rank
Template by Berita Update - Trik SEO Terbaru. Original design by Bamz | Copyright of Fuh.My | Mencetus Fenomena™.

Fuh!! Rugi Tak Terjah!!!

FUH!! JOM FOLLOW

Top Komen RM30 / Month

Google+ Followers